Sekolah "bodoh" mengubah Aku

Assalamualaikum semua. Lama tak update blog. Harini aku ada masa sikit dan rasa rajin nak bercerita sikit. Hehe.

Harini nak cerita sikit pasal zaman sekolah dulu. Aku minta maaf atas tajuk yg agak kasar. Sekadar ingin menarik perhatian. Hehe.

Kisah seorang aku, budak biasa yg hidup di sekolah biasa (dikenali sbgai sklh bodoh oleh masyarakat setempat) yg berjaya survive hidup dlm keluarga yg pandai dan alhamdulillah berjaya masuk universiti. Ada 4 kisah yg akan aku selitkan.

Kisahnya bergini. Masa result upsr keluar result aku kekurangan hanya 1A sahaja dari kawan baik aku masa sklh dulu yg membuatkan kami ditempatkan di sekolah yg berbeza. Kawan baik aku masuk sekolah yg sama dgn kakak2 dan abg aku (sekolah kluster a.k.a sklh pandai). Aku pula dpt masuk ke sekolah biasa (dikenali sbgai sklh bodoh). Aku sedih tapi takda jalan lain. Aku hanya mampu berharap pada rayuan ke 2 untuk tukar ke sklh pandai. Bila dpt result. Aku masih kekal di sekolah biasa yg aku dpt mula2 tadi. Aku malas nak buat rayuan ke 3. Sbb dah masuk sklh menengah masa tu. Aku pun redho dan jalani kehidupan di sekolah seperti biasa.

Kisah 1: pandangan masyarakat terhadap sklh "bodoh dan pandai".
Kehidupan aku di tingkatan 1 di sekolah biasa berjalan dgn lancar seperti budak sklh biasa cuma yg menjadi tertekan dgn desakan org sekeliling. Contohnya. Bila jiran bertanya keluarga aku "anak/adik sklh mana?" bila ckp sklh biasa, pandangan depa agak berbeza kepada aku. Bila dpt no 1 dalam kelas pun depa akan anggap yg aku dpt sebab kawan2 aku semua bodoh dan beranggapan Aku seorang yg pandai sedikit berbanding mereka (tak ada persaingan). Sedangkan realitinya, aku berusaha sedaya upaya. Walaupun mmg betul kebanyakan mereka kurang bijak. Tapi di kelas aku ternyata kelas pertama banyak sgt persaingan. Buktinya aku pernah dpt no 1 dlm kelas. Tetapi aku tidak pernah dpt no 1 dlm tingkatan kerana terlalu banyak persaingan di tingkatan. Pada mulanya aku agak tertekan. Nak pertahankan diri tak mampu. Nak pertahankan sklh pun tak mampu. Jadi aku hanya mampu dgr segala anggapan mereka dengan bersabar dan buat tak tahu. Dgn harapan aku nak buktikan yg aku mampu dpt berjaya walaupun sekolah biasa.

Kisah 2 : kawan2 melayu dah start berubah. Aku mula rapat dgn kawan berbangsa cina dan india.
 Memandangkan sekolah aku adalah sekolah biasa di sebuah bandar kecil di Pulau Pinang. Rata2 majoriti bangsa di sekolah aku paling ramai bangsa cina, kedua india dan paling sikit melayu. Sebagai budak baru nak meningkat usia dan tak pandai bergaul serta belum mengenal erti perpaduan. Aku masih bergantung kepada kawan2 melayu. Nak bagi contoh kawan2 aku yg melayu masa dlm kelas ada dlm 6/7 org sahaja. Perempuan ada dlm 3/4 org. Aku ok ja berkawan ja dgn semua orang. Tapi masih bergantunglah dgn kawan yg melayu sbb kawan yg melayu senang nak sembang, nak ajak solat (sbb sklh petang) dan sbgainya. Tiba2 satu ketika muncul 1 apps dikenali sbgai wechat. aku rasa kawan aku semakin hari semakin asyik dgn apps tu. Sehingga mula bercinta "siber" menggunakan aplikasi tersebut. Juga mereka banyak update gmbr, Keluar Lepak dgn "rakan2 siber" di mall dan mcm2 lagi. Aku rasa Agak terkilan ketika itu Kerana tidak mempunyai apps tersebut. namun tidak pernah Berminat untuk menginstallnya. Kawan2 aku ada ckp cubalah install. Tapi aku berkeras Takmau sbb aku nmpk perubahan kawan2 aku. Mereka semakin berubah. Aku taknak jadi seperti mereka. Oleh itu, lama kelamaan Aku menjadi semakin dipinggirkan oleh mereka. Perbualan aku dan mereka hanya mampu dlm beberapa topik Dan Agak terbatas. Kerana kebanyakkan topik kegemaran mereka adalah couple, wechat, Dan sebagainya. Namun bergitu bukan penghalang untuk Aku Terus berkawan. Aku tetap berkawan dgn mereka Cuma tak serapat yg dulu. Aku mula rapat dgn kawan2 yg berbangsa Cina Dan india. Walaupun mereka juga ada akaun wechat namun pada Pendapatan Aku, aku tidak berasa terpinggir bila dgn mereka. Dengan rakan yg berbangsa Lain Aku rasa Lebih selesa Dan semakin hari semakin rapat dgn mereka. Oleh itu Kalau lihat Aku Sekarang org Akan Tau kenapa Aku Tak racist Dan sgt mementingkan perpaduan Kaum. Masa lalu mengajarku untuk berfikiran terbuka dimasa depan. 

Kisah 3: aku mula rapat dgn agama Disebabkan kebanyakkan kawan2 Aku bukan beragama Islam, aku Selalu ditanyakan banyak pasal Islam. Disebabkan mereka, aku sentiasa berharap dpt memberi jawapan yg Betul. Agar mereka tertarik dgn Islam. Oleh itu Hari Demi Hari Aku makin Hari makin belajar Agama, makin Fahami Islam. Aku nak jadi contoh yg terbaik untuk kawan2 aku yg bukan Islam. Masa sekolah Aku start Pakai handsock sbb kawan aku Tanya pasal aurat. Pastu Aku cakap, aurat Perempuan seluruh anggota badan kecuali Muka Dan tapak Tangan. Mula2 aku tak Pakai handsock. Tapi lepas aku ckp kat depa pasal aurat tu. Aku nak jadi contoh yg terbaik Dan takmau depa Salah anggap dgn Islam. Jadi aku start Pakai handsock. Macamtulah bermulanya aku Lebih rapat dengan Agama aku. BerMula dgn org yg bukan Islam. Menarikkan? Mereka yg dekatkan aku dgn Agama Aku. So, dah jadi tanggungjawab aku lah untuk kenalkan Islam pada mereka kann?

Kisah 4 : Aku jumpa Impian aku Dan Aku kejar
Masa tingkatan 3, aku saja Lukis org. Saja2, Sbb Aku mmg suka Lukis. Saja aku try buat potret. Hari Demi Hari makin lama makin nampak perubahan Lukisan aku. Ada 1 haritu Hari jadi kawan aku. Aku saja bagi hadiah Lukisan artis kpop yg Dia suka. Alhamdulillah dia suka. Pastu aku ada kawan yg mendorong aku untuk pergi jauh dgn minat Aku. Satu saat Aku minat Gila Lukis smpai Aku Cari Macammana nak Sambung belajar bidang seni, kat mana, mcmna Dan sebagainya. Masa form 3 aku dah belajar Mcmna nak jawab time interview seni halus. Aku mula Cari2 uni yg ada Kos fineart. Seriously sgt Aku Berusaha teruk untuk Tu. Hahaha. Masuk form 4, aku tak dpt aliran seni. Tapi aku mintak kat Cikgu nak tambah subjek seni sbb Aku ckp aku nak smbg Bljar Kos fine art kat uitm. Masa tu pula aku Dpat Cikgu seni baru. Jadi elok je perancangan Allah kat Aku masa tu. Alhamdulillah. Dan Hasil berkat usaha Dan Lelah Aku dpt masuk uitm dlm Kos yg aku nak sgt tu. Dan yg paling penting impian aku untuk masuk universiti Dan buktikan sekolah Bodo pun setaraf ja dgn sekolah pandai Kalau kita usaha berjaya!

Hehe Sekian. Tu ja kisah aku. Just nak share yg setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya. Kalau Tanya Aku masa Aku form 1 dulu, aku nak masuk sklh mana, pasti aku Akan jawab sklh Pandai. Tapi Kalau Tanya Soalan Tu skrg pasti Aku Akan jawab aku nak masuk sklh Bodoh. Sbb sekolah Aku ni lah, mendewasakan aku, menghidayahkan Aku Dan menterbukakan pemikiran aku. Setiap org lain2 jalannya Allah rancang. Aku bersyukur sgt sbb Aku mampu hadapi dan disebalik hujan Allah Datangkan Pelangi yg Indah. Dan kepada Sesiapa yg ada masalah dlm hidupnya. Ingatkan Allah Dah rancang yg terbaik untuk kita. Cuma kita ja kena bijak gunakan peluang yg Allah bgi ni. Dan pilih jalan yg Betul. (Kalau dulu aku ikut kawan Aku install wechat, aku Tak rasa Aku berjaya mcm skrg) Tu sahaja perkongsian Kalini.

Maaf kepada rakan2 yg Aku Guna kan sebagai watak dlm kisah aku. Sekadar untuk memberi pengajaran kepada manusia. Semoga Hampa pun berjaya di masa depan. Aamiin.

 Doakan aku rajin update Blog lagi. Aamiin. Bai smpai jumpa 😘

Comments

  1. yani sister! i really loves fine arts and my dream is just like to be like you.. im still form 3 hehe may i know ur instagram page?

    ReplyDelete
  2. Harrah's Cherokee Casino Resort Tickets - JTM Hub
    Jtm's Cherokee Casino 거제 출장샵 Resort Events Center in Cherokee is a Wedding Venue 남원 출장샵 in Cherokee, NC with an outdoor seating 제주도 출장샵 area, a 양주 출장샵 restaurant and free Wi-Fi in 이천 출장안마

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Interview Fine Art Uitm 2017 (Fakulti Seni lukis dan Seni reka)

Kerjaya kos Fine Art

Tak jadi pengawas sekolah