Posts

Showing posts from August, 2017

Aku Tak pandai Mengaji

Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum. Harini aku nak share kisah Aku dan Al Quran. Darjah 1 (2006) Mak aku hantar aku pergi kelas mengaji dengan Ustaz Zul. Aku belajar iqra' tapi bukan Ustaz Zul yang ajar tapi isteri dia. Sebab Ustaz Zul ajar Al Quran. Darjah 2 (2007) Aku iqra' 2 masa ni. Dah nak masuk iqra' 3. Tiba suatu hari mak aku kata Ustaz Zul nak pindah. So, aku tak boleh lah nak mengaji dengan dia lepas ni. Lepas Ustaz Zul pindah. Aku pun berhenti mengaji. Dan aku hanya pandai mengaji sampai Iqra' 2 sahaja. Lepas-lepastu mak aku nak hantar aku pergi mengaji dengan ustaz dan ustazah lain. Tapi aku tak mau sebab aku cakap aku tak dak kawan. Disebabkan aku sangat manja dan menangis nangis tak mau pi mengaji, mak aku pun terpaksa lah ikut cakap aku. Aku nak mengaji tapi aku tak mau pi mengaji dengan orang aku tak kenal. Lepas lepastu kakak aku ada lah ajar sikit-sikit. Tapi lama-lama dah tak ajar. Sbb busy dan aku tak suka de

Allah Permudahkan Segalanya.

05 . 06 . 2017 Tahun ni first time berjauhan dengan family. Tahun ni jugalah first time sahur dan berbuka berjauhan dengan family.. Bismillahirahmanirahim.. Harini aku nak cerita tentang kebesaran Allah yang kita tak terduga. Ia datang dengan cara yang kita tak tau pun yang Allah sebenarnya nak tolong kita.. 5.00 pagi aku bangun sahur. Sahur makan sup cendawan segera dengan roti , 7 biji kurma dan air kurma saja. Sebab semalam baru balik kolej. Tak sempat pula kalau nak beli makanan sahur. Jadi makan apa yang ada ja lah.. Memang tak lalu nak makan masa tu. Loya dari perjalanan nak ke Uitm Seri Iskandar masih belum habis lagi. Dah lah sahur pertama kat U dan berjauhan dengan family. Lepas makan kurma yang ke-7 tiba2 termuntah sikit air.. Allah saja yang tau perasaan aku masa tu. Tak lalu makan, makan sikit, lepas tu termuntah sikit pula. Aku lapar tapi tak boleh nak masuk makanan dalam perut sebab rasa loya. Lepas habis tu minum air masak banyak2. Lepastu ter

Interview Fine Art Uitm 2017 (Fakulti Seni lukis dan Seni reka)

Image
Assalamualaikum... Nama aku Yani. Aku tulis blog ni sebab nak balas balik jasa senior2 yang dah tulis pengalaman depa yang telah dijadikan panduan untuk aku masa interview haritu.. Harini aku pula nak share pengalaman aku masa interview untuk diploma seni lukis dan seni reka.. Firstly, masa mula-mula aku isi upu dulu memang aku tulis seni lukis dan seni reka sebagai pilih pertama aku. Seni lukis dan seni reka ni memang masa hampa tulis kat upu pun dia akan bagitau yang ada temuduga. Aku tak kisah pun ada temuduga sebab aku memang minat seni sejak kecil dan cita2 aku pun nak jadi pelukis.. Dan masa ampa isi tu dia akan tanya hampa zon mana. Contoh macam aku orang penang aku tulislah zon utara.. Masa 17/04/2017 aku check panggilan temuduga aku kat laman web upu dan aku dapat. Aku memang happy gila lah masa tu sebab aku memang berharap sangat dapat temuduga ni. Aku dapat temuduga kat Uitm Merbok, Kedah. Dekat laman web tu nanti dia akan bagitau kena print apa, kena