Posts

Kuasa Bersedekah

Assalamualaikum, hai penghuni blog. Lama dah tak tulis ni. Haha.  Memandangkan harini hari jumaat. Aku nak nak share pengalaman "sedekah jumaat" Ceritanya begini... Aku dah start sedekah jumaat dalam beberapa minggu sebelum ni dan hasilnya kepada diri aku sangat hebat. SubhanAllah! Cara dia mcmni ja..  Sedekah duit pada setiap hari jumaat. Tak kisah la sikit ke byk. Asalkan jgn tinggal. Setiap minggu buat. Kalau ada duit lebih boleh sedekah byk/selalu. (selain sedekah duit, sedekah makanan/ apa2 pun boleh) Hehe. Aku start sedar berubahan kat diri aku lepas aku sedekah tu. Aku selalu rasa cukup. Walaupun masa tu takda duit. Tapi tak rasa takut pun duit tak cukup. Sbb kita jadi yakin dan bersyukur yg rezeki kita Allah akan bgi. Allah akan cukupkan. Alhamdulillah.  Lepas-lepas sedekah tu pulak mesti rezeki melimpah. Ada ja org belanja. Tapi 1 la yg kita selalu tak sedar bukan dari segi duit. Rezeki kesihatan pun. Allah bgi kita kesihatan yg baik pun 1 rezeki. Nikmat kesihatan ta

Tips Istiqamah Berzikir.

Image
Assalamualaikum penghuni blog :) Lama aku tak menulis. Hehe. InsyaAllah harini aku nak share tips macam mana nak Istiqamah dalam berzikir , terutama selepas solat. Macam yg kita tau mmg banyak kelebihan berzikir ni. Tapi agak susah nak amalkannya. Daripada Abu Musa RA, bahawa Nabi SAW bersabda: مَثَلُ الَّذِي يَذْكُرُ رَبَّهُ وَالَّذِي لاَ يَذْكُرُ رَبَّهُ، مَثَلُ الحَيِّ وَالمَيِّتِ Maksudnya: “Perumpamaan orang yang berzikir kepada Allah dan orang yang tidak berzikir kepada Allah seperti orang yang hidup dan mati.” [Riwayat al-Bukhari (6407)]  Okay, Firstly nak cita sikit, dulu aku jarang zikir lepas solat. Kalau zikir pun sikit dan tak boleh tau berapa jumlah perkataan ayat yg aku sebut. Pastu zikir pun susah nak Istiqamah. Harini zikir, esok tak. Nak di jadikan cerita, masa aku kemas2 bilik, aku jumpa tasbih digital, dan aku try guna. Mula2 mmg guna gitu2 ja. Lepastu, aku fikir mcmna cara yg terbaik untuk aku kekal berzikir setiap kali lepas solat fardhu dengan jumlah y

Kenapa aku tulis blog?

Assalamualaikum, Harini aku nak cerita pasal kenapa aku tulis blog. Aku selalu dpt random question dari kawan2 aku. Kenapa buat blog. Ada ka org baca? Okayy, pada asalnya sebelum ni aku tulis blog sbb aku nak balas balik jasa senior2 yg menjadi rujukan untuk aku masa masuk uitm dulu. Tapi, sekarang. Lepas beberapa tahun tulis blog aku sedar. Tujuan aku dah berbeza. Aku rasa happy bila dapat jawab semua soalan dari adik2 yg dm,wasap,pm,email aku. Aku rasa seronok dpt berbakti pada org. Dan you know what, aku rasa pemikiran aku lebih terbuka. Aku lebih positif.  Bukan senang untuk aku dpt peluang bersembang dgn org yg aku tak kenal. Muka depa pun aku tak pernah tgk.😂  tapi bila berkongsi ilmu, cerita, aku dpt rasa diri aku lebih terbuka bila dpt dgr mcm2 kisah. Macam yg kita tahu, semua org kan ada kisah hidup, latar belakang, masalah yg berbeza-beza. Semua org ada impian dan cita2 yg mereka ingin capai. It's an honor bila aku dpt dgr kisah2 hidup org2 yg aku tak kenal. Dp

Pengalaman "Bestie" dgn Non-Muslim dan Nasihat aku.

Assalamualaikum semua. Hehe. Lama dah tak update blog ni. Alang2 tgh PKP ni, aku ada masa sikit lah nak share. Hehe. Kalini nak share pasal pengalaman aku masa zaman sekolah dulu. Mcmna aku boleh rapat dgn non-muslim dan nasihat aku untuk org melayu. Kalau yg pernah baca blog aku sebelum ni pasti tau la sekolah aku mcmna. Sekolah aku sekolah harian biasa. Tapi majoriti non-muslim. (kalau nak faham lagi dlm boleh baca blog/entry sebelum ni) Okay. Kalau nak tau, Dlm kelas aku dulu ada 5 org shj budak melayu termasuk aku. Yg lain semua non-muslim. Aku mula rapat dgn depa masa form 5. Aku pun tak ingat masa form 4 kenapa tak rapat. Haha. Ok smbg masa form 5 Aku ingat lagi awal2 cikgu bgi ja duduk meja mana2. Kebetulan aku dah terduduk sebelah kawan aku chinese ni. Pastu Kawan2 aku geng2 melayu pun duduk sebelah aku. Pastu cikgu mula susun meja. Aku ingat lagi, dia susun meja bentuk U. Pastu kat tgh antara U tu meja mcm berpandangan berhadapan dlm 6 meja mcmtu lah. Kiranya 6 tu mcm

Tak jadi pengawas sekolah

Assalamualaikum, cerita kalini hanyalah pengalaman aku sendiri tentang "tak jadi pengawas sekolah" Cerita ni aku saja nak share sbb tadi throwback sikit dgn mak aku. Dan aku yakin banyak manfaat yg  boleh di ambil dari kisah ni. Hehe. Selamat membaca dan semoga bermanfaat. Okay, cerita dia mcmni. Masa sekolah rendah aku ni mmg budak yg tak pandai. Dan kalau  nak terpilih untuk jadi pengawas kena dpt no 1 smpai 10. Jadi aku tak layak. Jadi aku hanyalah pelajar biasa di sekolah biasa. (Btw aku juga lahir dalam keluarga yg pandai. Kakak abg aku semua pengawas. Dan diantara mereka ada yg jadi ketua pengawas.)  Dan nak dijadikan cerita, masa darjah 5/6 tak ingat, cikgu suruh kawan aku yg pengawas cari beberapa org untuk dia jadikan pengawas. So kawan aku pulak dtg kat kelas tanya sapa nak jadi pengawas.  Aku selaku budak biasa dan teringin nak jadi pengawas pun cakap la kat kawan aku yg aku nak. Tapi sebagai budak biasa aku rasa kawan aku tak dgr pun apa yg aku ckp.

Sekolah "bodoh" mengubah Aku

Assalamualaikum semua. Lama tak update blog. Harini aku ada masa sikit dan rasa rajin nak bercerita sikit. Hehe. Harini nak cerita sikit pasal zaman sekolah dulu. Aku minta maaf atas tajuk yg agak kasar. Sekadar ingin menarik perhatian. Hehe. Kisah seorang aku, budak biasa yg hidup di sekolah biasa (dikenali sbgai sklh bodoh oleh masyarakat setempat) yg berjaya survive hidup dlm keluarga yg pandai dan alhamdulillah berjaya masuk universiti. Ada 4 kisah yg akan aku selitkan. Kisahnya bergini. Masa result upsr keluar result aku kekurangan hanya 1A sahaja dari kawan baik aku masa sklh dulu yg membuatkan kami ditempatkan di sekolah yg berbeza. Kawan baik aku masuk sekolah yg sama dgn kakak2 dan abg aku (sekolah kluster a.k.a sklh pandai). Aku pula dpt masuk ke sekolah biasa (dikenali sbgai sklh bodoh). Aku sedih tapi takda jalan lain. Aku hanya mampu berharap pada rayuan ke 2 untuk tukar ke sklh pandai. Bila dpt result. Aku masih kekal di sekolah biasa yg aku dpt mula2 tadi. Ak

Kerjaya kos Fine Art

Assalamualaikum.. Harini, saya Nak share sikit tentang  kerjaya kalau ambik fine art Ini Jawapan kepada orang yg Tanya ambik kos fine art Nanti Nak kerja apa? Ni saya dah senaraikan antara pilihan kerjaya yg saya tau. Setakat saya bljr fine art. Dan banyak lagi sebnarnya. Cuma mungkin saya taktau istilah dia atau pekerjaan tu. 1)artist 2)sculptor 3)printmaker 4)ceramic artist 5)grafik artist 6)kurator 7)cikgu seni 8)pensyarah 9)illustrator 10) painter 11)editor 12)animator Dan banyak yg tanya, "tak takut ke kalau tak dpat kerja". Atau "pelukis ni menjamin ke masa depa? gaji tinggi tak?" Jgn risau pada yg minat seni tu. Ini soalan biasa. Even family sendiri pun akan tanya benda yg sama. Dan ni jawapan saya. Kalau kita Belajar sesuatu bidang tu, sebab kita rasa kita nak dapat pekerjaan senang atau gaji yg lumayan dalam bidang tu, okayy. Tapi bagi saya, saya lebih pentingkan Belajar untuk minat. Sebab saya percaya yg Kalau Belajar sesuatu yg