Allah Permudahkan Segalanya.

05 . 06 . 2017

Tahun ni first time berjauhan dengan family. Tahun ni jugalah first time sahur dan berbuka berjauhan dengan family..

Bismillahirahmanirahim..

Harini aku nak cerita tentang kebesaran Allah yang kita tak terduga. Ia datang dengan cara yang kita tak tau pun yang Allah sebenarnya nak tolong kita..

5.00 pagi aku bangun sahur. Sahur makan sup cendawan segera dengan roti , 7 biji kurma dan air kurma saja. Sebab semalam baru balik kolej. Tak sempat pula kalau nak beli makanan sahur. Jadi makan apa yang ada ja lah..

Memang tak lalu nak makan masa tu. Loya dari perjalanan nak ke Uitm Seri Iskandar masih belum habis lagi. Dah lah sahur pertama kat U dan berjauhan dengan family. Lepas makan kurma yang ke-7 tiba2 termuntah sikit air.. Allah saja yang tau perasaan aku masa tu. Tak lalu makan, makan sikit, lepas tu termuntah sikit pula. Aku lapar tapi tak boleh nak masuk makanan dalam perut sebab rasa loya. Lepas habis tu minum air masak banyak2. Lepastu terus solat subuh dan tido sekejap sebab kelas pukul 8.00 pagi.

Penat betul nak cari kelas. First day kelas dah sesat.  Dah la kena jalan kaki pula tu. Puasa pula tu. Sangat menguji puasa tahun ni. Haha.

Aku habis kelas pukul 9.00 pagi. Lepas balik kolej sekejap lepastu pergi balik fakulti yang jauh lagi memenatkan tu  dengan kawan aku untuk ambil kad matrik dan hantar surat berhenti sekolah. Haritu masa daftar aku lupa nak bawa surat berhenti sekolah.

Lepas habis urusan kat fakulti kawan aku teman aku pi beli tiket bas uitm nak balik raya. Huhu. kat dewan makan kolej cempaka sari sebab aku ingat jalan. Jauh gila jalan pi kolej cempaka sari dari fakulti.

Sampai situ lebih kurang pukul 10.45 pagi. Kawan aku hantar aku ja. Lagipun aku pun tak mau la menyusahkan dia. Ya Allah, masa ni sangat menguji kesabaran orang yang berpuasa. Panjang gila beratur nak beli tiket bas.  Dah la penat tak habis lagi jalan jauh. Aku pun tunggu la dengan sabar sebab tiket bas nak balik raya terhad. So aku beratur tiba2 line belakang aku potong buat 2 line. Haa. Bersabar ja la. Aku pun bersabar lagi tengok jam pukul dah 12.00. Aku risau juga lah sebab kelas aku pukul 2.15. Ingat sempatlah nak sembahyang zohor dulu sebelum pi kelas. Beratur2, sampai lah pukul 2.00 petang baru aku habis beli tiket. Punya lah kalut masa tu. Aku dah la tak sembahyang lagi.

Aku nak lari tak larat bulan puasa. So aku jalan ja lah cepat2.. Aku fikir dah lambat ni aku sembahyang lepas habis kelas lah. Lepastu aku pun kalut2 pi fakulti yang jauh lagi memenatkan tu. Aku sampai2 tak jumpa kelas pula. Nak cari kelas tak jumpa. Cuba hampa bayangkan dah lah  penat, sorang2 cari kelas tak jumpa. Nak cek kelas mana kat phone. Phone pula habis bateri. Aku charge kat powerbank yang aku bawa pun tak masuk. Dugaan betul.. Aku cari kelas tapi tak jumpa.

Jam dah pukul 2.30 petang dengan berat hati serta kepenatan yang melampau. Aku akhirnya mengambil keputusan untuk balik kolej dan tak pergi ke kelas english yang pertama di universiti. Kepenatan aku akhirnya bertambah dengan terpaksa melalui jalan yang sama aku datang tadi. Jalan yang memenatkan dengan hati yamg resah serta haus yang amat di bulan puasa.

Sampai ja kat bilik aku bagitau lah kat roomate aku. Dan pinjam charger dia. Kat bilik aku dapat mesej dari kawan aku dia cakap lecture tak masuk lagi. Aku pun bagitau lah kat dia yang aku tak pi kelas dan kalau ada apa2 bagitau lah aku. Untuk melegakan perasaan yang penat aku pun mandi. Nikmat betul mandi selepas berpanasan tadi. Selepas mandi aku solat zohor. Jam dah pukul 3.00 petang. Disebabkan terlalu penat aku pun tidur untuk meredakan perasaan penat aku.

Pukul 5.00 petang aku bangun dengan perasaan penat yang dah hilang. Aku baca mesej dari kawan aku. Dia cakap kelas cancel sebab lecture tak masuk. Kami tunggu sampai pukul 3 dia tak datang. Lepastu kami balik.

Lepas aku baca tu. Aku pun fikir.. Allahuakhbar.. Sungguh Allah mengujiku hari ini untuk memberikan aku kesenangan. Aku dapat mandi dan tidur untuk meredakan kepenatan aku lebih awal dari kawan2 aku. Aku hampir lewatkan solat sebab nak pergi kelas. Tapi Allah balas dengan aku dapat melepaskan kepenatan aku tanpa aku sedari.

Alhamdulillah malam tu aku sempat solat mahgrib, isyak dan tarawih berjemaah..
Syukur kepada Allah SWT tuhan semesta alam. Sungguh kita tak tau rezeki Allah tapi percayalah yang Allah bersama kita ketika kita susah dan senang.

Dah habis dah cerita aku. Semoga kita sama2 mendapat pengajaran. Insyaallah. Allahua'lam.

Comments

Popular posts from this blog

Interview Fine Art Uitm 2017 (Fakulti Seni lukis dan Seni reka)

Kerjaya kos Fine Art

Tak jadi pengawas sekolah