Tips Istiqamah Berzikir.

Assalamualaikum penghuni blog :)
Lama aku tak menulis. Hehe.

InsyaAllah harini aku nak share tips macam mana nak Istiqamah dalam berzikir, terutama selepas solat. Macam yg kita tau mmg banyak kelebihan berzikir ni. Tapi agak susah nak amalkannya.

Daripada Abu Musa RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
مَثَلُ الَّذِي يَذْكُرُ رَبَّهُ وَالَّذِي لاَ يَذْكُرُ رَبَّهُ، مَثَلُ الحَيِّ وَالمَيِّتِ

Maksudnya: “Perumpamaan orang yang berzikir kepada Allah dan orang yang tidak berzikir kepada Allah seperti orang yang hidup dan mati.” [Riwayat al-Bukhari (6407)] 

Okay, Firstly nak cita sikit, dulu aku jarang zikir lepas solat. Kalau zikir pun sikit dan tak boleh tau berapa jumlah perkataan ayat yg aku sebut. Pastu zikir pun susah nak Istiqamah. Harini zikir, esok tak.

Nak di jadikan cerita, masa aku kemas2 bilik, aku jumpa tasbih digital, dan aku try guna. Mula2 mmg guna gitu2 ja. Lepastu, aku fikir mcmna cara yg terbaik untuk aku kekal berzikir setiap kali lepas solat fardhu dengan jumlah yg banyak. Jadi ni yg aku buat,

(ni cth tasbih digital aku guna. skrg mcm2 jenis dah org jual kat online)

Aku letak tasbih digital dekat dgn kawasan sejadah, kawasan aku solat. Jadi setiap kali solat aku akan ambik dan berzikir. Kalau aku contohnya, Sehari aku akan zikir 500 kali. Cth. Lepas subuh 100 kali x 5 kali waktu solat fardhu. Kalau solat sunat boleh tambah lagi zikir lepas solat. Boleh je nak tambah ikut kemampuan lah lagi banyak lagi bagus. Tapi seeloknya sama lah setiap waktu lepas solat tu baru senang nak istiqamah InsyaAllah.

 Cth lafaz zikir : SubhanaAllah, Alhamdulillah, LailahailAllah, Allahuakhbar. (kalau aku 4 perkataan ni = 1 kali tekan tasbih digital tu. )
Doa nabi yunus : Lailahaila anta subhanaka ini kuntum minal zalimin. 40x
Dan Istighfar.

 Tak kisah pun zikir berapa, istighfar berapa.  Tapi yg pasti bila campur2/ gabung kat atas tasbih digital tu akan jadi 100(ni cth,lebih lagi bagus.ikut diri sendiri) setiap kali lepas solat. Faham tak? Harap faham lah ya.

Ni cara aku kalau guna tasbih digital. Dgn cara ni kita akan tau yg, Setiap lepas solat kita dah zikir 100 setiap kali solat fardhu. Maksudnya 500 kali lah sehari. (ok aku ulang skli lagi. Kalau lebih lagi bgus, nak buat 150 ka 200 ka terpulang)

Okay tu untuk guna tasbih digital. Kalau guna tasbih yg manik tu pun boleh buat mcmni. Tapi kena tau lah berapa junlah manik tasbih tu. Cthnya kalau tasbih tu ada 33 manik. (ikut jumlah manik kat tasbih ada yg lagi banyak, ada yg lagi sikit). Cuba la pastikan kita berzikir 5 kali pusingan tasbih tu setiap kali lepas solat. Jadi kita akan dapat jumlah (33 manik x 5 pusingan = 165 setiap 1 solat. 165 x 5 waktu solat = 825 kali sehari.)

Tak kisah lah guna apa. Ni hanya cadangan ja dan tips aku boleh bagi ya.  Btw, ni berdasarkan pengalaman aku sahaja. Kalau tersalah terkurang tu salah aku, aku minta maaf. Boleh betulkan kat komen ya.

Okay tu ja,  semoga bermanfaat. Selamat mencuba, InsyaAllah semoga kita sama2 dpt terus istiqamah beribadah kepada Allah. Aamiin.

Daripada Abdullah bin ‘Amr RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
فَإِنَّهُ مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً صَلَّى الله عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا

Maksudnya: “Sesungguhnya barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah SWT akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat.” [Riwayat Muslim (384)]



Comments

Popular posts from this blog

Interview Fine Art Uitm 2017 (Fakulti Seni lukis dan Seni reka)

Kerjaya kos Fine Art

Tak jadi pengawas sekolah