Aku Tak pandai Mengaji

Bismillahirahmanirahim.

Assalamualaikum.

Harini aku nak share kisah Aku dan Al Quran.

Darjah 1 (2006)

Mak aku hantar aku pergi kelas mengaji dengan Ustaz Zul. Aku belajar iqra' tapi bukan Ustaz Zul yang ajar tapi isteri dia. Sebab Ustaz Zul ajar Al Quran.

Darjah 2 (2007)

Aku iqra' 2 masa ni. Dah nak masuk iqra' 3.
Tiba suatu hari mak aku kata Ustaz Zul nak pindah. So, aku tak boleh lah nak mengaji dengan dia lepas ni.

Lepas Ustaz Zul pindah. Aku pun berhenti mengaji. Dan aku hanya pandai mengaji sampai Iqra' 2 sahaja.

Lepas-lepastu mak aku nak hantar aku pergi mengaji dengan ustaz dan ustazah lain. Tapi aku tak mau sebab aku cakap aku tak dak kawan. Disebabkan aku sangat manja dan menangis nangis tak mau pi mengaji, mak aku pun terpaksa lah ikut cakap aku.

Aku nak mengaji tapi aku tak mau pi mengaji dengan orang aku tak kenal.

Lepas lepastu kakak aku ada lah ajar sikit-sikit. Tapi lama-lama dah tak ajar. Sbb busy dan aku tak suka depa ajar sbb garang.

Perkara ni berlarutan sampai satu tahap aku tak pandai langsung mengaji.

Dan ustazah kat sekolah aku pun tau. Dan dia pun kalau nak suruh orang baca atau nak ajar dia takkan suruh aku. Tapi dia akan ajar aku dengan cara yang lain. Dia akan letak nama aku untuk join kuiz agama. Dulu aku takut nak join kuiz tu. Tapi sekarang aku tau kenapa.

Bermula Tingkatan 3 (2014) hingga kini

Aku dah mula rasa yang aku kena mengaji. Aku rasa yang takkan aku tak pandai mengaji sampai bila-bila kot.

Aku start buka Al-Quran. Walaupun malu kat family aku sebab dulu tak mau belajar.

Aku jumpa Al-Quran digital yang kak aku baru beli. Aku belajar sendiri dengan Al-Quran digital. Aku ikut sebutan dia. Aku tengok huruf dia. Aku baca dulu. Lepastu aku dengar sebutan dia. Lama kelamaan aku dah boleh baca tanpa ada pen digital./Aku dah boleh baca Al-Quran walaupun lambat dan tiada intonasi.

Aku terdengar bacaan Al-Quran dari Muzammil Hasballah. Aku dengar dia baca Surah Al-Rahman. Lepastu aku jadi obses dengan Surah Al-Rahman. Setiap selang berapa hari aku akan ikut bacaan dia. Aku baca Surah Al-Rahman mengikut intonasi Muzammil Hasballah.

Disebabkan hari-hari aku ikut. Lama-lama aku dah macam boleh hafal surah dia. Aku boleh baca dengan hanya ikut suara dia. Tanpa aku baca surah dia.

Alhamdulillah sekarang aku dah boleh hafal Surah Al-Rahman sikit2, Al Mulk dan Al Waqiah..

Tapi disamping tu tak lupa untuk baca Al-Quran. Sebab kalau kita asyik baca 1 surah ja. Nanti al-quran pun, boleh lupa nak baca macamana..

Tip dan pengajaran yang aku dapat.

Jangan pernah malu untuk belajar Al-Quran. Sebab dulu aku malu nak baca depan family aku. Tapi family lah orang yang akan support kita bila kita nak buat benda baik.

Jangan pernah putus asa nak baca Al-Quran. Allah akan bantu kita bila kita nak dekatkan diri pada Allah.

Jangan malu kat kawan-kawan kita. Sebab depa boleh ajar kita kalau kita tak tau.

Itu saja kisah Aku dan Al-Quran.

Alhamdulillah. Syukur Alhamdulillah.

Takkan ada Penghijrahan kalau tak ada Jahiliah.

Hamba Allah,
Yani Lee

Comments

Popular posts from this blog

Interview Fine Art Uitm 2017 (Fakulti Seni lukis dan Seni reka)

Kerjaya kos Fine Art

Tak jadi pengawas sekolah